Wednesday 29 May 2013

BREAKFAST @ MEDAN SELERA PASAR BORONG LAMA, SELAYANG BARU


Kalau pagi tak tahu nak makan apa boleh datang terjah ke tempat ini. Tempat ini tidaklah secanggih food court sekarang ni. Lantainya tiada tiles  hanya simen saja. Pemandangan pulak agak sedikit gelap, di sebelahnya ada pasar pagi yang beroperasi setiap hari dan menjual pelbagai bahan keperluan harian baik basah mahu pun kering. Sebelahnya jugak terletak Pasar Borong Selayang yang lama yang sudah usang tetapi masih beroperasi. Tak pasti kenapa pasar borong ini tidak ditutup selepas pembukaan pasar borong baru. Kawasan ini di panggil Selayang Baru.

Tips untuk ke sini kalau ada menghala ke pasar borong baru selepas Giant (mini) ada Kedai Bintang Fesyen, masuk ke kanan, anda akan melihat Pejabat JKKK Selayang Baru. Then cari la parking. Kalau nak parking dalam kawasan pejabat JKKK tu pun boleh tapi kena baya beb. Medan ini terletak di belakang deretan kedai di kawasan tersebut. So anda perlu berjalan sedikit ke belakang atau terus menyusur pasar pagi.

Namun dalam medan ini ada di jual bermacam2 makanan. Sebut saja apa nak makan, nasi lemak, semua goreng2  panas2 ada, roti canai, yong tau foo, apam balik, kuih muih. Konsep stall kecil2 and free seating. Beli makan dan duduk.Nanti orang tanya nak minum apa. Saya biasa makan bihun soto dan nasi lemak dengan air buah. Ni kira port orang2 pencen melepak.haha. Mesti try beb.




No comments:

Post a Comment