Tuesday 9 July 2013

NPG CAFE @ AU2 KERAMAT







Tempat makan sedap kali ini, jom kita terjah NPG Cafe di AU2 Keramat pulak. Loksinya kalau anda dari Setiawangsa selepas traffic light (Petronas di kiri anda), rapat ke kanan untuk mengambil simpang kanan dan terus sahaja. Apartment tentera di sebelah kanan. NPG Cafe terletak di sebelah kanan bersebelahan kedai runcit dan car wash.

Menu breakfast ada pelbagai. Nasi goreng, bihun, kotiew, dan semestinya nasi lemak dengan pelbagai jenis lauk yang menyelerakan. Roti canai pun ada. Mee kari,laksa dan bihun sup pun pagi2 lagi sudah tersedia. Susah nak cari kedai macam ni di pagi hari. Kuih lopis pun ada dan air gula dia pekat. Time petang pulak pisang goreng dia memang sedap.

Menu memang pelbagai menanti anda. Jom try makan.
 




No comments:

Post a Comment