Wednesday 29 May 2013

BREAKFAST KELANTAN @ KG PADANG BALANG


Tempat makan sedap seterusnya, kira breakfast makanan Kelantan pulak. So kalau nak breakfast berat mai terjah sini la. Macam-macam ada, nasi berlauk,nasi kerabu ,dagang dan sedikit kuih-muih. Lauk pauk kat sini memang sedap. Nasi kerabu dia pun memang terbaik. Hari minggu kalau nak bungkus beratur dah macam dekat Universal Studio. Kalau nak makan terus order kat kaunter, jangan beratur....

Lokasinya kalau anda daripada Markaz Pas lama Taman Melewar terus sampai jumpa simpang,  ke kiri dan kanan semula. Kemudian terus ikut jalan utama saja. Kedai akan berada di sebelah kiri. Sementara kalau anda dari jalan Sentul cari Masjid Saidina Ali Kg Padang Balang, terus dan kedai berada di kanan anda. Kalau weekend parking memang susah. Kena awal sikit, pukul 7.00 terus keluar.Kedai ini nama dia Family Tomyam (mungkin dia tumpang berniaga pagi sahaja).  Sebelahnya kedai jual handphone agaknya Perniagaan Waman.

Berbalik kepada menu, saya biasa makan nasi putih, rendang itik (kuah jgn banyak sangat kerana agak masin) tetapi campur  kuah gulai telur dan gulai ayam. Memang terbaik. Boleh terus kecek Kelate beb...Mesti try .........pasti repeat.






BREAKFAST @ U-TURN ROTI CANAI @ SENTUL






Makan pagi sedap seterusnya jom pekena roti canai sedap dekat Sentul. Kedai ini namanya roti canai U-Turn yang menumpang dalam kedai Lina Corner Tomyam Seafood. Lokasinya betul2 sebelum simpang nak pergi Taman Dato Senu. Kalau anda sampai di stesyen terakhir STAR , terus lagi dan anda akan nampak kedai ini disebelah  kiri. Banyak kedai di persimpangan ni, mee rebus opposite kedai ni pun sedap jugak.

Dalam gambar tu roti u-turn oklah, but roti canai and roti telur dia sedap bangat. Kuahnya pulak superb  tak macam kuah dhal  kedai mamak. Saya memang suka dhal orang Melayu kalau makan roti canai.Tambah pulak kaki ayam....Kalau hari weekdays roti canai segera pun ada dijual tapi cepat habis... Kena try pasti.

BREAKFAST @ MEDAN SELERA PASAR BORONG LAMA, SELAYANG BARU


Kalau pagi tak tahu nak makan apa boleh datang terjah ke tempat ini. Tempat ini tidaklah secanggih food court sekarang ni. Lantainya tiada tiles  hanya simen saja. Pemandangan pulak agak sedikit gelap, di sebelahnya ada pasar pagi yang beroperasi setiap hari dan menjual pelbagai bahan keperluan harian baik basah mahu pun kering. Sebelahnya jugak terletak Pasar Borong Selayang yang lama yang sudah usang tetapi masih beroperasi. Tak pasti kenapa pasar borong ini tidak ditutup selepas pembukaan pasar borong baru. Kawasan ini di panggil Selayang Baru.

Tips untuk ke sini kalau ada menghala ke pasar borong baru selepas Giant (mini) ada Kedai Bintang Fesyen, masuk ke kanan, anda akan melihat Pejabat JKKK Selayang Baru. Then cari la parking. Kalau nak parking dalam kawasan pejabat JKKK tu pun boleh tapi kena baya beb. Medan ini terletak di belakang deretan kedai di kawasan tersebut. So anda perlu berjalan sedikit ke belakang atau terus menyusur pasar pagi.

Namun dalam medan ini ada di jual bermacam2 makanan. Sebut saja apa nak makan, nasi lemak, semua goreng2  panas2 ada, roti canai, yong tau foo, apam balik, kuih muih. Konsep stall kecil2 and free seating. Beli makan dan duduk.Nanti orang tanya nak minum apa. Saya biasa makan bihun soto dan nasi lemak dengan air buah. Ni kira port orang2 pencen melepak.haha. Mesti try beb.




WESTERN & TOMYAM @ TAMAN BUKIT CHERAS



Kali ni nak review western food yang saya biasa makan dari zaman bujang lagi kira2 sudah lebih sepuluh tahun la. Memang terkenal and owner dia seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina tapi semua pekerja dia Melayu. Dulu masa bujang kami biasa panggil "Western Taman Len Seng"saja.


 Dulu kawan saya beritahu kira towkey dialah yang beli raw material ( daging ayam @ lembu) paling banyak daripada supplier. Semua peniaga2 western kenal dia. Kira jualan dia jual memang power  la.Tambah pulak dah masuk TV3.


Bagi saya killer factor kedai ini ialah harga dia yang amat berpatutan. Saya biasa order mix grill dan rasa dia sedap. Lokasi deretan food court dekat dengan Shell di sebelah  tepi pagar Maktab Pegawai Polis Cheras.






Then di sebelah kedai western ini pulak ada kedai tomyam. Biasa kalau pergi makan kat situ  boleh saing2 order takda masalah. Selalunya duduk kedai western then order jugak kat kedai tomyam tu. Sampai makanan terus bayar la Masakan dia okey terutama sup daging dia sedap. Nama dia Mama Recipe Restoran. Jom try makan.


Friday 24 May 2013

MY RAIL COFFEE @ TAMAN SAMUDRA SERI GOMBAK








Jom kita try pekena kopi dekat new  coffeehouse francise in the town rasanya. Owner coffehouse siap buat hotel sekali tapi masih in progress. Addressnya ialah di No 578-A Jln Samudra Utara 2. Senang cerita opposite main entrance Banjaria Court or  shoplots area Brother's Seri Gombak tapi facing ke  belakang (corner lot). Kedai baru lagi cantik.



Back to the menu, pelbagai pilihan ditawarkan dan harganya selepas diperhatikan tak terlalu mahal macam kopitiam yang lain.Saya order kopi, telur separuh masak &roti mentega dengan bihun sup. Over all, tempat cool utk lepak and kurang busy sikit compared dengan area Sri Gombak Prima tu. Food pun okey but yang paling penting harga reasonable. Have a try beb.




Saturday 18 May 2013

NAAN CORNER @ FOOD COURT JLN KERJA AYER LAMA, AMPANG







Masih review food dekat Food Court Jln Kerja Air Lama, Ampang. Nih lagi satu port terbaik utk makan. Terletak sebelah Zaini Satay jer. Nak order satay pun boleh, tapi kena order sendiri beb. Tapi kedai nih lagi besar la, kira 3 lot kot dia punya and warna tema dia MERAH. Habis semua kerusi pakai "baju"merah.

Banyak pilihan makanan kat sini, murtabak, roti boom (tgk baju staff dia printed founder roti boom since 1983) tu.Saiz roti boom memang comel, dua kali ngappp habis. Then ada nasi lemak, and masakan panas goreng2. Air plak style gelas besar. Tadi saya order tembikai laici. Mau dekat separuh tin laici dia letak.........but harga dia pon suspen beb RM10 segelas.. So pandai2  la korang order air lain.

But the real killer  kat sini ROTI NAAN CHEESE and AYAM TANDOORI dia  memang terbaik. Cheese dia melekat kat jari tu......boleh lawan kat RSMY Medan Tuanku la. Ayam dia plak juicy tak kering kontang macam biasa kat kedai mamak tu. Dia punya sos pudina pun okey. Biasa saya tak gemar sangat. Mesti mau repeat bro. Servis cepat but nak cari parking la kena bawa bersabau skit.




 

SATAY ZAINI @ FOOD COURT JLN KERJA AYER LAMA, AMPANG







Food court ni terletak on the way nak pi Taman TAR, selepas International School tu di  sebelah kiri. Banyak port makan sedap kat food court tu. Saya biasa pergi  time petang beli kuih mahal tapi sedap kat stall hujung sekali.


Memang terbaik la satay nih. Jom try makan kalau tak percaya. Makan saja tanpa kuah pun sedap. Satay daging dia lembut and juicy, ayam pulak rasa fresh jer.  Kena plak dgn juice mangga fresh from kedai sebelah memang karan beb.

Harga mahal skit la daripada kedai satay lain la.Daging 90 sen, ayamg 80 sen and perut RM1.50 beb. Tapi kalau dah pekena sure tolak tepi la satay-satay lain.

Sambil menikmati keenakan satay tu dok terfikir gak  Pak Zaini nih kalau buka branches pun boleh jadi jutawan  macam tokey satay kat Kajang tu senang2 aje. Tapi mungkin  takut kualiti terlepas pandang plak nanti kalau bisnes besar sangat kan ....Sure repeat punya wa cakap  lu.




GULAM MEE @ KOTA DAMANSARA







Port makan ini memang telah menjadi favourite family aku sekeluarga. Hari  ini kami having lunch here since dah terlanjur on the way balik rumah using NKVE. Lokasinya terletak di shoplot Bistari De'Kota.

Tempat ini memang terkenal dan menjadi port lepak mat motor waktu malam. Area makan luas (dua corner lot facing each other), parking mudah dan banyak pilihan makanan (konsep stall).

Nama kedai pun Gulam Mee and sudah tentu killer menu  dia MEE GORENG MAMAK la. Memang terbaik, susah la nak jumpa kat KL ni taste macamtu. Lebih kurang macam MEE ABU kat Alor Setar.






Besides that yang tak kurang hebat jugak ialah mee rebus, sup tulang, bihun sup ayam, sotong kangkung and nasi ayam. Cendol pun kira terbaik jugak. Tapi harga dia agak mahal skit la....Tak pa janji makan sedapkan. Sure kalau dah try makan mesti repeat punya.





Sunday 12 May 2013

Intro

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua...

Just start blogging and wish to make "FOOD"as my theme and i try to cover all food places as "sempoi"as i can. Wish all visitor will get something to crave about when you all think about "FOOD".

"MAKANAN SEDAP TAK PERLU AYAT LEBIH & GAMBAR CANGGIH"