Tuesday 9 July 2013

NPG CAFE @ AU2 KERAMAT







Tempat makan sedap kali ini, jom kita terjah NPG Cafe di AU2 Keramat pulak. Loksinya kalau anda dari Setiawangsa selepas traffic light (Petronas di kiri anda), rapat ke kanan untuk mengambil simpang kanan dan terus sahaja. Apartment tentera di sebelah kanan. NPG Cafe terletak di sebelah kanan bersebelahan kedai runcit dan car wash.

Menu breakfast ada pelbagai. Nasi goreng, bihun, kotiew, dan semestinya nasi lemak dengan pelbagai jenis lauk yang menyelerakan. Roti canai pun ada. Mee kari,laksa dan bihun sup pun pagi2 lagi sudah tersedia. Susah nak cari kedai macam ni di pagi hari. Kuih lopis pun ada dan air gula dia pekat. Time petang pulak pisang goreng dia memang sedap.

Menu memang pelbagai menanti anda. Jom try makan.
 




Monday 8 July 2013

CENDOL BAKAR KUALA SELANGOR






Tempat makan sedap di Kuala Selangor boleh jom try stall Cendol Bakar yang glamour di atas. Teknik marketing dia  kira menjadi dengan sign yang colourful telah menarik orang ramai dari pelbagai bangsa mencuba cendolnya. Keunikan seterusnya boleh drive thru beli cendol dan boleh refill percuma. Tapi baru ni pegi kaunter drive thru telah ditutup.

Ingin ke sana, mudah saja ambil LATAR sampai last exit, keluar ke kiri, terus saja dalam 7- 8 kilometer then nampak kedai dia di sebelah kanan.

Di sini gerainya berkonsepkan stall kecil beratap rumbia saja. Meja kerusi pun buatan sendiri beratap rumbia. Berbagai menu disediakan seperti soto,nasi ayam dan lain2. Di kedai sebelah pun boleh order tapi kena hantar pinggan balik you. Saya order mee udang dari kedai sebelah, rasa berbaloi la dengan harganya. Cendol Bakar ni kira sedap la dan ada pelbagai rasa. Kira sedap lagi la dari cendol mamak di tepi jalan. Santan dia terasa lemak beb.






TEMPAT MAKAN SEDAP DI MELAKA PART3: PAK PUTRA NAAN RESTORAN KOTA LAKSAMANA





Last posting di Melaka pada kali ini, tempat makan sedap seterusnya di Kota Laksamana. Pak Putra Naan Restoran ini wajib kena cuba beb. Malam memang penuh port ini. Kena pergi awal kalau tak kena tunggu orang makan la jawabnya. Dekat sini kita boleh semua  anak semua bangsa termasuk pelancong duduk menikmati roti naan.

Apa yang menarik?. Roti naan cheese dia boleh letak single,double and tripple. So kepada penggemar cheese tunggu apa lagi. Ayam tandori dia sedap terasa rempah ratus dia. Nasi briani pun ada tapi saya nampak macam biasa je. Minuman boleh order air buah-buahan segar. Servis agak slow sikit la. maklumla orang ramai.................


Sunday 7 July 2013

TEMPAT MAKAN SEDAP DI MELAKA PART2:ROTI WELDING KG GANGSA









Masih di Melaka. Kalau nak breakfast boleh try tempat makan sedap berikutnya di Kg Gangsa. Kalau dari Durian Tunggal tegak sampai jumpa simpang empat jalan besar then terus depan sikit sahaja di sebelah kiri. Tiada signboard cuma dalam kedai ada tulis Syamina Jaya Enterprise.

Ingat apa benda la roti welding ni. Tampal biasa la makan. Rupanya macam telor dadar dah jadinya. Rasa okey jugak. Kuah sedap. Menu lain ada bihun sup, soto dan nasi lemak.

Pagi tempat ini jagi port budak2 UTEM makan pagi. Jom try.





Tuesday 2 July 2013

TEMPAT MAKAN SEDAP DI MELAKA PART 1: KUIH KERIA DAN LAKSA LIMBONGAN




Korang ke Melaka, tercari-cari tempat untuk makan ringan2 selain masi asam pedas.Jom terjah ke kedai kuih keria dan laksa kat Limbongan ni. Kedai ni memang famous tgk siap ada keratan masuk paper tergantung di dinding.

Kedai nih sempoi je...Dulu lokasinya lagi sempoi,sementara lokasi sekarang selang beberapa kedai dari tempat lama je. Tempat baru ni lebih selesa la berkembar dengan kedai handphone. Berdekatan dengan Hotel Formosa Garden. Kalau korang dari tempat Coconut Shake Klebang tu,tegak ke depan je dalam 2 ke 3 kilometer masuk kiri pasti jumpa kedai ni.

Kuih keria antarabangsa ni memang tak jumpa kat tempat lain beb. Masak pakai kayu lagi beb. Dulu kat tempat lama boleh tengok diorang masak. Ramai customer sampai jer depan kedai terus makan sambil tunggu nak bungkus..Laksa pun sedap jugak...Jom try ...