Wednesday 29 May 2013

BREAKFAST KELANTAN @ KG PADANG BALANG


Tempat makan sedap seterusnya, kira breakfast makanan Kelantan pulak. So kalau nak breakfast berat mai terjah sini la. Macam-macam ada, nasi berlauk,nasi kerabu ,dagang dan sedikit kuih-muih. Lauk pauk kat sini memang sedap. Nasi kerabu dia pun memang terbaik. Hari minggu kalau nak bungkus beratur dah macam dekat Universal Studio. Kalau nak makan terus order kat kaunter, jangan beratur....

Lokasinya kalau anda daripada Markaz Pas lama Taman Melewar terus sampai jumpa simpang,  ke kiri dan kanan semula. Kemudian terus ikut jalan utama saja. Kedai akan berada di sebelah kiri. Sementara kalau anda dari jalan Sentul cari Masjid Saidina Ali Kg Padang Balang, terus dan kedai berada di kanan anda. Kalau weekend parking memang susah. Kena awal sikit, pukul 7.00 terus keluar.Kedai ini nama dia Family Tomyam (mungkin dia tumpang berniaga pagi sahaja).  Sebelahnya kedai jual handphone agaknya Perniagaan Waman.

Berbalik kepada menu, saya biasa makan nasi putih, rendang itik (kuah jgn banyak sangat kerana agak masin) tetapi campur  kuah gulai telur dan gulai ayam. Memang terbaik. Boleh terus kecek Kelate beb...Mesti try .........pasti repeat.






No comments:

Post a Comment